Make your own free website on Tripod.com

 

 

 
 
 
 
 
 

Bagi mereka yang mempunyai cadangan atau komentar bernas,sila hantarkannya terus melalui bahagian "Ada Respons?" atau ke alamat e-mel yang disediakan. 

Pada yang ingin membincangkan apa jua permasalahan atau isu dengan Editor,anda boleh berbuat demikian dalam bahagian "Forum_Diskusi"

 

269x194.gif

*Dari kiri-Amalina,Nurul Iman,Atikah,Nurul Atiqah,Mohd Ikhwan dan Mohd Faisal

Dari Meja Editor...

 

 

Memasuki bulan Mei,sudah pasti ramai para pelajar lepasan SPM 2004 yang telah berjaya diterima masuk ke dalam Kolej Matrikulasi sedang bersiap sedia untuk memulakan satu cerita baru.Cerita yang bakal membawa satu pengalaman baru kepada para pelajar dalam usaha mereka mencari dan menimba sebanyak mungkin ilmu yang boleh.Maklumlah,inilah yang perlu dilalui oleh mereka dalam proses pembelajaran yang masih jauh perjalanannya.Begitu juga dengan mereka yang sedang atau telah memperoleh tawaran ke mana-mana IPTS atau pusat kemahiran.Bukan apa,segala persediaan perlu dirancang dengan rapi agar harapan dan kegembiraan yang diharapkan tidak bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak diingini

Akhir kata,selamat berjaya kepada mereka yang bakal meninggalkan kampung halaman dan pergi merantau untuk mencari ilmu di negeri orang.Tunjukkan kepada yang lain bahawa anda semua mampu cemerlang dimana sahaja anda pergi.Sebelum pergi,ucapkanlah selamat hari guru kepada bekas guru-guru anda yang telah mendidik dan membimbing kita hingga berjaya.Nyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kita kepada mereka.Pasti guru-guru atau bekas guru kita akan berbangga kerana mempunyai murid seperti mereka.Adios:p

 


  Maklumat Dan Fakta_untuk dikongsi bersama

 

 

Terumbu karang merupakan ekosistem paling tua di dunia.Tahap pertama evolusinya terjadi kira-kira 50 juta tahun lalu.Terumbu karang moden wujud sejak lebih 50 juta tahun dahulu.Tempoh yang diperlukan untuk tumbuh dan membesar adalah antara 5,000 hingga 10,000 tahun dahulu.Jadi,terumbu karang yang kita dapat lihat hari ini sebenarnya telah pun berusia lebih 10,000 tahun.

Ahli-ahli psikologi mendapati bahawa kanak-kanak yang belajar bermain alat muzik mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi dan pencapaian akademik yang cemerlang.Hal ini kerana mempelajari dan membaca nota muzik membantu perkembangan otak kiri yang berfungsi mangawal keupayaan untuk belajar perkataan dan mentimpan maklumat.

Putrajaya yang terletak lebih kurang 25 km dari bandar Kuala Lumpur dan 20 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)di Sepang berada di tengah-tengah Projek Koridor Multimedia(MSC)dengan KLCC di Kuala Lumpur.

Senario pengangguran di Malaysia masa kini banyak dikuasai oleh siswazah,khasnya lepasan Institut Pengajian Tinggi tempatan.

Pada masa ini,dikatakan terdapat sejumlah 600 satelit pelbagai jenis berlegar di angkasa lepas.Menurut laporan,sejumlah 1,500 satelit lagi akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh satu dekad yang akan datang.

     

 


Hakmilik Terpelihara Malayisme_Chaos@2005

malayisme_chaos@yahoo.com